Thursday, October 21, 2010
Tat blue bery Aidiladha
Assalamualaikum semua dan selamat pagi .Ni ada satu lagi pengumuman .SITI CUPCAKE ada buat sedikit promosi sempena Aidiladha yang akan tiba tak lama lagi. Promosi tat ni sah sehingga raya ni saja .1 kotak ada 26 pcs RM 12 ja memang murah dan rasanya memang sedap.Penghantaran percuma sekitar Tasik Gelogor dan Kepala Batas dengan minimum ode 2 kotak .Ode di buka hingga 30/10 lepas ni di tutup ya .Selain tat blue bery ni ada jugak biskut lain antaranya: 1-ALMOND-LONDON- 28PCS
2-SHORT BREAK - 28PCS
3-TAT JEM NENAS - 32PCS
4-BISKUT ARAB - 32PCS
5-SNOW COKLAT - 32PCS
6-TAT BLUE BERY- 26 PCS
kesemua biskut biskut ni hanya RM 12 sekotak .Memang murahkan jadi tunggu apa lagi cepatlah buat tempahan tarikh tutup semakin dekat.
Monday, October 18, 2010
Promosi Musim Kenduri Rm1.00
Assalamualaikum dan selamat pagi semua .Kali ni SITI CUPCAKE nak buat pengemuman .Promosi sempena musim kenduri.Kepada warga Tasik Gelogor dan Kepala Batas serta kawasan kawasan sekitarnya jika anda tercari cari buah tangan untuk tetamu dengan harga yang mampu anda miliki disini lah tempatnya dimana cupcake pelbagai perisa disediakan dengan bunga yang simple dari butterkrim tetapi tetap menarik siap didalam bekas high dom dengan harga RM1.00( seringgit ) jadi tunggu apa lagi cepatlah sementara promosi masih ada. Hubungi CT 017-4607158 cepat cepat jangan lepaskan peluang
Friday, October 15, 2010
kek lapis
Selamat bertemu kembali ya.kali ni nak cerita pasai x perimen kek lapis .Resepi ni di ambil dari Bro Rozzan.Terlupa la pulak apa nama kek ni tapi kalau tak silap kek lapis papermint.Tapi aku tak guna esen papermint sebab tak berapa suka tapi yang lain tu aku ikut la macam mana yang bro tulis.Hmmm....kiranya minggu ni aku terlebih rajinla .X perimen ni pun pasai En Sahidan tanya "tak dak ka kek kek yang lebih lebih" .Aku balas balik "Tak dak dah semua dah lepas kat orang sebelah ngan sakinah.Kalau teringin esokla buat tap iyang biasa la pasai yang tu ja barang yang tinggal".En Sahidan balas"mmm....kalau yang biasa tak yah la ".Amboi3 nak makan yang sodap sodap odela baru boleh buat yang mahal.Sekarang ni dah pandai nak yang sedap ja yang biasa dah tak jalan tapi kalau tak ada habis jugakkkk. Resepi ni aku buat separuh ja guna acuan 4 segi saiz 6".Bolehla pakat rasa sorang sikit siap bahagi 3 lagi termasuklah orang sebelah .Kepada sesapa yang nak cuba bolehla ambik resepi kat rumah bro rozzan memang menjadi .Terima kasih ya bro
Assalamualaikum semua ha ni baru dia mau masuk jenuh gak la.Lepas masuk gambar ni nak kena tunggu lak baru boleh masuk yang lain.Tapi tak pa janji dia mau masukkan kan kan.Kali ni ode datang dari kakak aku sendiri.Dia nak buat jamuan raya..Bukan dia sorang la tapi bahagian tempat dia keja la iaitu Hospital Kepala Batas.Kak aku ode brownie coklat ,kek carot fruit(pasai kurang bajet walnut ganti ngan mix fruit ja) dan mini cupcake 200 biji .
Thursday, October 14, 2010
SABAQQQQQQQQQ
Asalamualaikum .......hai dah berapa hari aku dok cuba nak masuk gambar tak boleh2 gak.Mungkin sebab cuaca kot munkin la jugakkan .Bila dah hujan line pun tak clear la noh.Tapi bila line clear tetiba datang iklan yang tak di undang terus hancusssss.geram betoi.Dah la tu bukannya nak boleh masukkan semula post tu kena tunggu lak lama baru boleh buat post lain tension tension sabaq sabaqqqqq...........
Sunday, October 10, 2010
Assalamualaikum..... ini adalah brownies cheese aku yang ke dua kali nya.yang petama kali reject tak jadi .ni baru jadi ..Aku buat setengah adunan ja pasai takut tak jadi lakcam ari tu .Yang boleh rajin buat ni pun pasai ada lebihan cheese tempahan dari kak yati ari tu .Seronok nya bila dah jadi tapi termanis sikit hehe.....Tapi tak pa totap sodap kan
Yang ni pulak ode dari Ita PID tasik gelugor.Mula mula ita mintak kala merah cabai ngan itam.Itam tak pa lasekarang senang dapat dah kalau dulu kot la tapi merah cabai memang susah tambah tambah budak baru dok belajar cam aku ni.Dulu penah sekali tengok kat rumah Rani Canglun ada la dia bagi petua tapi kalau tak silap aku pakai wilton punya kala .Mana nak pi cari kat sini.Nozel dia pun susah nak dapat tu pun kat sungai petani kedai Sayang ja yang aku tau la.Pas tu mula la akiviti bertanya.Akihirnya dapatlah jugak kala ala ala merah gitu .Nasib baik tuan dia kata tak apa.
Yang ni pulak ode dari Ita PID tasik gelugor.Mula mula ita mintak kala merah cabai ngan itam.Itam tak pa lasekarang senang dapat dah kalau dulu kot la tapi merah cabai memang susah tambah tambah budak baru dok belajar cam aku ni.Dulu penah sekali tengok kat rumah Rani Canglun ada la dia bagi petua tapi kalau tak silap aku pakai wilton punya kala .Mana nak pi cari kat sini.Nozel dia pun susah nak dapat tu pun kat sungai petani kedai Sayang ja yang aku tau la.Pas tu mula la akiviti bertanya.Akihirnya dapatlah jugak kala ala ala merah gitu .Nasib baik tuan dia kata tak apa.
Friday, October 8, 2010
Assalamualaikum .Ini adalah sebahagian ode daripada MOLEX prai kak syikin dan kak yati.Depa ni boleh dikatakan cusremer tetap lah .Selalu ode kuih raya ngan aku.Untuk kali ini kak yati ngan kak kin ode short break,almond london,tat jem dan biskut kacang hijau.Kek pula depa nak try kek carot pasai depa tak penah makan lagi kek ni .Tapi untuk biskut terlupalah nak snap gambar. Takut jugak lah masa nak buat takut2 tak serasi ngan selera depa ni.Kak yati nak cuba ngan cream cheese.Kak kin pulak kosong ja .Mereka ni semua adalah kawan lama masa aku kerja kat molex kira depa ni sinior la.Selain 2 orang ni ada jugak ode dari kak norsiah dari pokok tampang.dan kak jam jiran aku ni tapi cam biasala gambarnya terlupalah pulak.Kak norsiah kata raya ari tu makan tak puas tu yang ode lain ni.Apa apa pun terima kasih la pada semua yang telah menyokong aku selama ini
Tuesday, October 5, 2010
Assalamualaikum semua .semenjak aku dok berbelogb ni aku dapat rasakan yang blog aku ni tak dak apa cita sangat .Bila up date hanya cita tentang kek saja .Itu pun dua tiga kerat saja.Aku ni bukanlah pandai sangat nak berceloteh macam yang lain .Kadang2 tu jenoh gak dok pikiaq nak cita apa hah.mmm aku pun heran cam mana orang boleh cita ngan panjang lebar.Ok lah kita berbalik pada cita asal.Kali ni cita tentang roti .Semenjak ada sakinah rasa2 dah 3 tahun lebih aku tak jual roti pizza ni .Maklumlah bila dah alah paham2 sajalah no....Bila dah selesai alah susah lak nak bergerak pasai anak kecil.Ni baru stat balik biz roti.Kali ni aku letak kat sekolah agama atau orang dulu2 panggil sekolah arab.Aku letak roti pizza ngan mini cup cake kat sekolah anak buah aku syazwani.Sambutan agak menggalakkan jugak .ok lah ni dah panjang rasa2nya nanti sambung lain ya.
Sunday, October 3, 2010
Assalamualaikum semua dah berapa hari tak up date dok jalan pi rumah orang ja.Hari ni terlebih rajin sikit kena lak sakinah tak ada .Ini adalah beberapas ode.100 pcs ode dari adik aku sabariah
Yang ni lak dia nak 2 biji kek carot .Satu untuk bawa balik ke KL dan satu lagi untukabah angkatnya di bagan
yang ni lak kek coklat ngan ganech..Mula dia tak nak deko apapun pasai nak wak balik jauh katanya.tapi bila wat ada sikit ganech yg lebih .tu yang jadi jam ni. tah apa2 deko.Tapi anak dia umairah suka sangat.Semua kek ni dia bawa balik ke KL selepas berpantang agak lama kat rumah mak .Lepas ni lama lah pulak nak junpa hang Bariah noh .Tak pa kami tunggu hang balik raya haji ni .
Yang ni lak dia nak 2 biji kek carot .Satu untuk bawa balik ke KL dan satu lagi untukabah angkatnya di bagan
yang ni lak kek coklat ngan ganech..Mula dia tak nak deko apapun pasai nak wak balik jauh katanya.tapi bila wat ada sikit ganech yg lebih .tu yang jadi jam ni. tah apa2 deko.Tapi anak dia umairah suka sangat.Semua kek ni dia bawa balik ke KL selepas berpantang agak lama kat rumah mak .Lepas ni lama lah pulak nak junpa hang Bariah noh .Tak pa kami tunggu hang balik raya haji ni .
Subscribe to:
Posts (Atom)