Monday, November 22, 2010

KENDURI KORBAN ,3 TIER KEK ,DOOR GIFT

Entry kali ni berkisar tentang korban .Raya Aidil Adha baru2 ni kat rumah mak kami sekeluarga berpakat nak buat korban lagi pun rumah yang mak duduk tu belum buat kenduri lagi jadi kesempatan ni di ambil kami sekeluarga .Kami biat korban pada hari raya ke 2 .Ramai lah yang datang terutama orang2 Kg Pinang Tunggal yang sudah terpisah .Ni la masa untuk bertemu kawan2 lama .Rasa sedih gak bila jumpa jiran2 lama tapi tak leh nak dok sembang lama2 pasai ramai yang datang di tambah lagi ngan sakinah buat perangai .Aku adalah buat sedikit buah tangan untuk kawan2 yang datang dan untuk jiran2 yang datang tolong pada hari tu.kek colat moist ngan ganech+bunga dari fondon dan ucapan TERIMA KASIH.
NI pula bater oren untuk tingkat atas

Kat bahagian tepi kek .Ni pun kek oren gak







TARAAAAAAAAAAA.ni lah 3 tier kek yang aku ngidam nak buat .Dah lama baru tertunai hajat.Ingatkan susah rupa2 senang ja .Cewah2 dah boleh buat cakap besar lak he he he.Sebenarnya kek ni saja aku buat sempena birthday anak buah aku Sazwani.Kebetulan pula buat kenduri jadi kenduri sekali la kek ni .Kombinasi warna kek ni memang tak berapa menarik .saja la lagi pun balen BC dari ode yang lepas nak biar sayang lak jadi aku guna la lagi pun sendiri punya dari pada membazirkan baik aku guna.Oklah berhenti dulu nanti ada masa mai lagi kat PID ni



No comments:

Post a Comment